Humor daripada kaca mata bahasa
Oleh Dr. Victor Pogadaev
Ramai orang mencuba mentakrifkan gejala humor! Kita kenal pertimbangan ahli filosof Yunani kuno Aristotel mengenai humor tetapi mungkin juga ada pendahulunya yang tidak kita kenali. Para pemikir besar seperti Kant, Hegel, Shopenhauer, Freud, Bakhtin juga pernah menulis tentang hakekat humor. Tetapi banyak rahsia humor setakat hari ini tetap menjadi rahsia.
Dan rahsia pertama ialah mengapa kita tertawa? Bayi berusia tiga bulan dengan memandang pada bumbung dan melambai-lambaikan tangannya dari semasa ke semasa mula tertawa mengenai sesuatu. Mengenai apa? Itu rahsia besar alam. Beberapa bulan kemudian dia akan tertawa kerana tengok ibu melilitkan tuala pada kepalanya dan kerana ayahnya yang menggantikan lampu yang padam. Mereka itu berkelakuan luar biasa jadi lucu! Beberapa tahun lagi berlalu maka kanak-kanak itu akan tertawa kerana lelucon yang sederhana: Tiba-tiba anjing itu berkokok… Atau: Beruang naik basikal, nyamuk di belakangnya naik belon udara… Kesimpangsiuran macam itu yang dicipta oleh penulis Rusia Marshak atau Chukovsky sesuai dengan pola folklore sangat popular di tengah kanak-kanak usia itu. Mustahil jadi lucu! Sepuluh tahun kemudian budak itu akan membaca di buku oleh penulis Amerika Mark Twain: Desas-desus tentang kematian aku ternyata terlalu dibesar-besarkan. Ungkapan itu terdengar sangat luar biasa dan tidak diduga-duga – jadi sangat lucu!
Jadi, supaya ada kelucuan, mesti berlaku sesuatu luar biasa, jadi mesti wujud pengertian tentang duduk perkara normal atau biasa. Lucukah cerita tentang banduan dihukum mati yang dengan sudu mencungkil tembok supaya melarikan diri? Sama sekali tidak. Tetapi jikalau dia itu ditahan untuk lima belas hari sahaja dan tebal temboknya tiga meter? Seorang pejalan kaki tergelincir dan jatuh – kawannya akan mencuba menolongnya, bukan tertawa. Tetapi jikalau dia itu sebelum itu separuh jam menjelaskan kepada mereka bagaimana mesti berjalan dalam keadaan jalan licin supaya tidak jatuh? Yang lucu pada kita bukan aksi atau peristiwa sendiri tetapi ketaksesuaiannya dengan situasi yang ada atau dengan peranan yang dibagikan. Orang dewasa tersenyum mendengar anak berkata: Yang merungsingkan aku pada akhir-akhir ini ialah roda yang rosak pada kereta mainan aku. Adalah lucu sekiranya pelaku keadaan tertentu melihat peranannya secara berlainan. Adalah lucu juga percakapan yang gayanya tidak sesuai dengan tema dan topik perbincangan.
Ketawa timbul hanya di sana di mana ada peraturan permainan dan peraturan itu dilanggar. Rasa humor boleh disebut salah satu pernyataan pemikiran bersistem. Itu sebabnya rasa itu lazim hanya untuk manusia (betul anjing boleh bersenyum juga kerana kegembiraan tetapi anjing tidak boleh berkelakar). Kemampuan merasa kelucuan berhubungan dengan intelek. Susah membayangkan diri bahawa seseorang dengan rasa humor yang tinggi adalah orang bodoh. Tetapi jikalau saintis pandai mengkaji dan bahkan mengukur taraf intelek melalui tes, melainkan rasa humor belum dikuasai oleh pemyelidikan: kita hanya berkata bahawa rasa humor ada atau tidak ada, bahawa ianya halus, atau luar biasa, atau primitif.
Rasa humor adalah semacam pemandangan dunia yang khusus. Setiap orang memandang dunia dengan caranya sendiri, maka dia tertawa juga dengan caranya sendiri. Boleh tertawa atas hero filem yang jatuh tergelincir pada kulit pisang atau melemparkan kue dengan krim susu yang dikocok kepada lawannya. Ada orang yang tertawa kerana mendengar perkataan kesat di bas. Ada orang yang menemui sesuatu lucu bahkan dalam keadaan yang dipandang seram oleh orang lain: dalam kemalangan, menghadapi maut yang tidak boleh dielakkan. Hal itu menimbulkan rasa penghormatan, melainkan orang yang ketawa kerana nasib malang orang lain kita akan sebut sebagai orang sinis, rasa humornya tidak menyenangkan. Para psikolog menyatakan bahawa salah satu kayu ukur untuk memilih kawan ialah “kita tertawa kerana hal yang sama”.
Humor dan bahasa tidak terpisahkan
Jadi humor wujud kerana semua orang, peristiwa, perkataan mempunyai erti tertentu. Pergeseran dalam makna membolehkan melihat pertentangan yang tersembunyi dan menimbulkan ketawa. Pergeseran itu boleh timbul dengan sendirinya: seseorang jatuh atau salah ucap tetapi boleh juga dibuat sengaja. Membuat lucu boleh dengan perbuatan (ada orang yang beranggap lucu apabila menambah garam pada teh kawannya), dengan gerak tangan (isyarat) dan dengan perkataan. Yang terakhir tidak perlu dijelaskan: bahasalah sebagai sistem tanda yang paling sempurna dan fleksibel adalah sesuai dengan “permainan erti” yang membuat kelucuan.
Bahasa dan humor begitu erat bertalian seakan-akan diciptakan untuk satu sama lain. Kerana itu tidak mungkin mengkaji humor tanpa merujuk kepada teori bahasa padahal humor bahasa pada gilirannya boleh memberi lebih banyak maklumat berharga tentang struktur bahasa daripada kajian lain yang lebih serius.

Banyak situasi berhumor berdasarkan pada kesan “penantian yang ditipu”. Tanpa kesan kejut lelucon tidak boleh berjaya: jikalau perkataan terakhir sebuah lelucon sudah jelas sebelumnya ini bererti lelucon datar.
Penantian orang lain ialah lain juga: kesalahan dalam rumusan boleh jadi sangat lucu untuk ahli matematik, tetapi sejarawan tidak akan mengerti alasan kelucuannya. Lelucon bertemakan lafaz pemimpin Rusia dahulu Brezhnev boleh dimengerti oleh orang generasi tua kerana ucapannya ditayangkan setiap hari melalui televishen dan didengarkan melalui radio padahal orang yang lebih muda paling banyak hanya bersenyum kesopanan.
Inilah misalnya lelucon yang popular antara mereka yang belajar bahasa Inggeris. Dua orang bertemu di London. Seorang daripada mereka menyoal: «How much time?» - «Time five». – «Such much?» – «Whom how». – «Apa, awak juga belajar di Universiti Moscow?»

Lelucon itu boleh dimengerti oleh mereka yang tahu bahawa berkata begitu dalam bahasa Inggeris ialah salah dan yang tahu kesalahan tipikal pelajar Rusia. Orang Rusia yang tidak tahu bahasa Inggeris atau orang Inggeris yang tidak tahu bahasa Rusia akan kebingungan: apa yang lucu di sini?
Kesan kejut boleh dibuat dengan bermacam-macam cara – bahasa memberi pilihan cara yang kaya untuk membuat lucu. Salah satu daripadanya pelanggaran logik:

“Ayo kamu bertiga, kedua-duanya mari kepada saya! Siapa nama?” – “Ivanov!” – “Petrov!” – “Sidorov!” – “Kamu saudara ke?” – “Senama sahaja, tuan Jeneral!”
Kes yang keterlaluan pelanggaran logik ialah lelucon abstrak:
Terbanglah dua ekor buaya, seekor yang dilukis, seekor lain ke Timur.
Sering sekali dalam lelucon dipermainkan apa di linguistik moden disebut presuposisi (presupposition). Dalam setiap frasa selain daripada makna yang diungkapkan ada makna yang tersirat. Jikalau orang yang berbual mengerti makna yang tersirat secara berlainan, dialog berbunyi lucu.
Pada suatu ketika ratu Rusia Ekaterina II mencadangkan mengangkat gelas untuk kesihatan semua orang jujur. Semua menangkat gelas kecuali seorang bangsawan Razumovsky. Ekaterina melihat itu dan menyoal mengapa dia tidak mahu mengharapkan semua orang jujur menjadi sihat walfiat.

- Saya khuatir, wabak maut melanda, begitu jawapan Razumovsky.
Setiap masyarakat (bahkan kawanan penjahat) selalu bermain dalam permainan “kita sesama adalah orang jujur”. Hal itu dimaksudkan dalam cadangan ratu. Razumovsky menyangsikan pernyataan itu maka mendedahkan kepalsuan situasi dan menjadikannya lucu. Suposisi berdasarkan juga lelucon daripada novel penulis Chech Gashek. Dalam kedai bir di mana orang takut bercakap banyak kerana agen-agen polis rahsia terjadi dialog sebagai berikut:

-Semalam kami mempunyai dua penguburan, - penjaga gereja mengalih percakapan. – Kiranya ada orang yang meninggal! – pelanggan lain mencatat.
Tetapi “kekayaan humor” utama bahasa ialah kepelbagaian makna perkataan dan ungkapan kata. Penggunaan kepelbagaian itu untuk permainan makna disebut pun dalam bahasa Inggeris atau calembour dalam bahasa Perancis. Calembour adalah jenis permainan bahasa yang paling terkenal.
Misalnya lelucon dari sejarah Rusia:
Pada suatu ketika raja Nikolai II nak mentertawakan jeneral Dragomirov:

– Mikhail Ivanovich, mengapa hidung Tuan begitu merah?
Dragomirov menjawab di depan orang ramai:
– Paduka Yang Mulia, itu kerana pada usia tua saya terpaksa mendapat jentikan pada hidung dari sebarang anak anjing bodoh.
Jeneral menggunakan cara perosakan idiom dengan menghuraikannya pada perkataan-perkataan tersendiri dan kembali ke makna yang biasa.
Yang boleh dipermainkan juga keserasian bunyi perkataan:

Gadis kecil datang dari tadika dengan menitiskan mata: Pengasuh kami seram, dia menakutkan kami, selalu berkata: parti komunis akan memakan, parti komunis akan memakan.
Di sini dikelirukan bunyi perkataan “siyezd” (kongres) dengan perkataan “siyest” (memakan). Sebenarnya yang dimaksudkan kongres parti komunis. Ini sebenarnya sindiran terhadap parti komunis yang bila kongresnya diadakan banyak digembor-gemborkan.
Jenis calembour yang lain ialah “percantuman” perkataan daripada beberapa bahagian perkataan-perkataan lain: vidvizhenshina (daripada vidvizhenets – orang yang diajukan menjadi tokoh serta zhenshina – perempuan). Lelucon semacam itu diperlukan bukan sahaja rasa humor tetapi citarasa bahasa.
Umum diketahui bahawa hampir setiap perkataan boleh ubah maknanya tergantung kepada situasi. Lelucon boleh dibina atas penciptaan konteks begini supaya perkataan memperoleh makna yang dikehendaki.
Seorang wartawan dihadapkan ke muka pengadilan kerana dia menyebut seorang wanita bergelar bangsawan contessa dengan nama babi. Hakim menjatuhkan hukuman denda tetapi memperingatkan bahawa apabila penghinaan semacam itu akan diulangi, hukuman akan lebih berat. Wartawan itu menyoal: Apakah ini bererti bahawa saya tidak boleh menyebut contessa itu dengan nama babi lagi? – Ya, tidak boleh. – Melainkan bolehkah saya menyebut babi dengan nama contessa? Hakim termenung, kemudian menjawab bahawa itu aneh sekali tetapi tidak menentang undang-undang. Maka wartawan berpaling kepada contessa dan berkata: Salam, contessa!
Agak terkenal beberapa lelucon oleh penyair Jerman Goete dan Mark Twain.
Goete yang berjalan-lalan di taman bertembung dengan seorang kenalan. – Saya tak memberi jalan kepada orang bodoh! – kata kenalan itu. – Tetapi saya membuat itu selalu, kata Goete dan menyepi.

Mark Twain menerima surat layang yang terdiri daripada satu perkataan sahaja “Babi”. Pada keesokan harinya dia menerbitkan surat itu dalam akhbar dengan komen begini: “Saya sering mendapat surat tanpa nama tetapi untuk pertama kali saya menerima nama tanpa surat”.
Ada lelucon yang langsung berhubungan dengan gejala bahasa yang tertentu misalnya: Bagaimana cara membezakan arnab jantan daripada arnab betina? – Lepaskan mereka dan tengok kalau pobezhal jadi arnab jantan, kalau pobezhala – jadi arnab betina (pobezhal dan pobezhala sama ertinya lari tetapi dengan akhiran “a” adalah bentuk feminin). Sintaksis juga boleh dipermainkan: Hujan turun dan dua mahasiswa berjalan: seorang berjalan berpakaian kasut getah, yang lain berjalan ke universiti.
Boleh dikatakan, dalam bahasa, segala-galanya boleh dipermainkan dan digunakan untuk membuat lelucon.
Senyuman dan sindiran
Satu lelucon menimbulkan ketawa yang pecah perut yang lain hanya menimbulkan senyuman kecil. Ini tidak bererti bahawa yang pertama ialah lebih baik daripada yang kedua. Ketawa ialah bermacam-macam jenis, dan boleh mwnimbulkan rasa yang berlainan: daripada kelucuan sampai kehinaan.
Kadang-kadang percakapan penuh humor tetapi menimbulkan senyuman sahaja bukan ketawa:

Kris memandang saya dengan penampilan seekor unta yang lupakan jalan ke sumur yang terdekat (J. Darell).
Ironi (dari kata Yunani “eironeia” — “kepura-puraan”) ialah gejala apabila sesuatu yang lucu tersembunyi dengan topeng serius:
Sesuai dengan kebiasaan masa itu raja Svyatopolk mula dengan pembunuhan saudara-saudaranya supaya menimbulkan penghormatan dari rakyat.
Jikalau ironi mencantumkan sindiran dengan kehinaan ianya menjadi sarkasme (daripada perkataan Yunani “sarkasmos” - “merobek daging”). Penuh sarkasme ialah epigram oleh Davidov “Kepada para jeneral yang menari di majlis tari-menari bersempena keberangkatan saya untuk berperang”:
Kita memikul beban yang sama,
Tetapi nasib kita lain:
Kamu tinggal untuk meneruskan zuriat,
Takdir saya dibunuh di perang.
Ironi boleh bersifat baik hati, pada hal sarkasme ialah alat daripada satire. Humor tertawa, satire mentertawakan.
Ironi berhubungan dengan humor yang bersifat parodi. Objeknya sering ialah sesuatu yang biasa, menjadi buah bibir atau contoh propaganda rasmi. Yang terutama sering diparodi ialah hero-hero filem popular:

Shtirlits menengok ke tingkap pangsapuri sulit. Di sana nampak 78 buah seterika. “Pangsapuri hangus” - Shtirlits menerka. (Shtirlits adalah seorang perisik Rusia, hero sebuah filem popular)
Humor politik atau bersifat sosial juga dekat dengan satire. Dua lelucon masa komunis di Rusia:
Orang Rusia kepada orang Amerika: - Buktikan bahawa kehidupan di AS lebih baik daripada di Rusia.
Orang Amerika: - Saya boleh misalnya menghampiri Rumah Putih dan berteriak: “Presiden Amerika – orang tua yang bodoh”.

Orang Rusia: - Ini tidak apa-apa. Saya juga boleh berjalan di Dataran Merah di Moscow dan berteriak: “Presiden Amerika – orang tua yang bodoh” dan saya tidak ditahan.
Pada tahun 1969 selepas angkasawan Amerika mendarat di bulan pemimpin parti komunis Nikita Khrushev memanggil dua angkasawan Rusia dan memberitahu:
-Besok kita akan menggemparkan dunia. Kamu akan mendarat di matahari.
-Tetapi kami akan mencair di sana.
-Jangan bimbang. Parti memperhitungkan segala-galanya. Kamu akan dilancarkan waktu malam.
Tetapi sebarang humor yang tidak disahkan oleh pemerintahan, akhirnya menentangnya. Bahkan humor abstrak seakan-akan menciptakan ruangan yang bebas daripada ideologi yang menyerap seluruh masyrakat Rusia masa itu:
Seekor lembu berenang di sungai,
Lembu itu berpakaian kot….
Apa itu kena seseorang,
Kot siapa lembu itu pakai?
Mekarnya humor abstrak sering ada hubungannya dengan tahap kehidupan masyarakat tertentu apabila semua nilai bergeser, erti kata berubah dan sebagai norma menjadi kebohongan dan manipulasi bahasa. Anehnya dalam dunia “terbalik” itu, absurde menjadi cagar alam fikiran waras, cara untuk tetap berdiri di tanah nyata. Pada tahun 1930-an di Rusia ada persatuan penulis humor absurde: Oleynikov, Kharms, Vvedensky. Meskipun mereka sendiri berpendapat bahawa mereka hanya bereksperimen dalam sastera, perkhidmatan rahsia mempunyai pendapat lain…
Satu lagi gejala tahap absurde dalam kehidupan masyarakat ialah humor hitam terutama lelucon seram yang popular di tengah kanak-kanak. Di dalamnya kehidupan manusia tidak mempunyai nilai apapun:

Seorang budak tidak mempunyai kaki…
Duduklah dia dalam kerusi beroda yang tua itu dan menonton katun…
Tiba-tiba ayah datang, mendekati peti TV dan mengubah program untuk pertandingan bola sepak.
- Ayah, kata budak itu, aku nak tengok katun.
- Kalau begitu pergi dan mengubah program, kata ayah…
- Tetapi aku tidak punya kaki!
- Tidak ada kaki jadi tidak ada katun juga!

Dalam pada itu lelucon yang terbaik ialah memang sangat lucu. Humor semacam itu kurang diselidiki dan para saintis masih belum tahu mengapa humor itu diperlukan oleh kanak-kanak, apa yang di dunia orang dewasa erat hubungannya dengan bayangan maut.
* * *
Kemampuan berfikir yang membezakan manusia daripada binatang bersangkut paut dengan anugerah perkataan dan humor; bahasa membolehkan memberi bentuk kepada fikiran dan menyerahkan kepada orang lain, melainkan humor memberi kebebasan menengok situasi dan diri sendiri dari luar. Bukan kebetulan salah satu takrif manusia ialah “makhluk yang pandai tertawa”.